A forgotten and broken promise?:
“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other services as well as managerial positions” – Janji YAB Dato’ Sri Mohd Najib pada 30 Mac 2010 semasa melancarkan MBE.
Pengenalan
- Sebelum saya pergi jauh, eloklah saya menarik perhatian kepada pengakuan ikhlas YAB DS Najib bahawa era kerajaan tahu semua telah berakhir. Justeru terimalah pujian, teguran dan syor saya ini mengenai RMK11 dengan berlapang dada dan seterusnya baikilah dokumen penting tersebut demi faedah kita bersama (https://darahtuah.wordpress.com/2015/05/21/rmk11-jangan-harapkan-miracles-jurang-akan-melebar%e2%80%8f/).
- Diakui bahawa sebahagian besar kejayaan negara kita adalah kerana adanya perancangan yang dipandu oleh Rancangan Pembangunan 5 Tahun yang berturutan dari RM Pertama hinggalah ke RMK11 ini. Tidak perlulah saya mengulangi angka-angka yang telah disebut oleh YAB PM, seperti tahap daya saing yang mengukuh, untuk menyokong hakikat negara kita telah berjaya.
- Pada masa yang sama, bermacam data telah dipaparkan dalam RMK11 untuk membuktikan kejayaan tersebut. Ia merangkumi kedua-kedua bidang ekonomi – ekonomi modal dan ekonomi rakyat.
- Cukuplah sekadar saya merujuk kepada Human Development Index (HDI ) yang meletakkan Malaysia di kalangan High Human Development countries dan kini kita berada di tangga ke 62 di antara 187 buah negara. Tahniah kepada kerajaan di atas kejayaan tersebut dan khasnya kepada EPU berhubung penyediaan Rancangan ini.
- Selain daripada Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini kita juga mempunyai rancangan-rancangan besar yang lain seperti dalam bidang pendidikan, pembangunan belia dan industri.
- Kita juga mempunyai dasar-dasar utama seperti Hanruh, Dasar Pertanian Negara dan Dasar Automotif Negara, selain Model Baru Ekonomi.
Dasar Induk
- Walaupun banyak dasar dirangka, malangnya kita masih tidak merangka Dasar Induk (Mother Policy)seperti yang terdapat di Switzerland. Switzerland mempunyai dasar induk yang dipanggil Total Security.
- Dasar induk inilah yang menjadi penentu dan pengikat semua dasar dan program kerajaan yang lain secara coherent agar ianya inter connected atau adanya vertical and horizontal integration. Yang demikian, semua dasar dan program kerajaan yang dirangka mestilah menjurus ke arah turut menyokong kejayaan Total Security tersebut demi survival dan keselamatan negara berkenaan.
- Di negara kita juga terdapat raison detre mengenai keperluan mewujudkan dasar induk negara, terutama berhubung pemeliharaan perpaduan dan keamanan kerana hubungan antara kaum di Malaysia amatlahfragile, polarisasi kaum semakin ketara dan suhu perkauman terus meningkat. Dengan dasar yang tegas dan consistent ini maka bolehlah perpaduan dan keamanan itu dipelihara.
- Sebaliknya, kerana ketiadaan dasar induk itulah maka kita lihat dasar dan program kita sering berubah-ubah dan juga dilihat sering berkontradiksi. Hal sedemikian itu boleh meletakkan para pelaksana dasar dalam keadaan yang kelam kabut dan membuat rakyat pula marah. Seterusnya boleh hilang keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Contoh yang jelas ialah kontroversi ekoran hasrat YAB Perdana Menteri hendak memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan kemudian menubuhkan pula MKPN (NUCC).
- Buat kesekian kalinya saya mengesyorkan (pernah saya syorkan di Dewan Negara) agar kerajaan menggubal Dasar Induk Negara. Contohnya Perpaduan Nasional.
RMK11 – Tiada Political Will
- Dalam menilai RMK11 ini, kita perlulah pastikan 7 pra syarat berikut dipenuhi untuk mempastikan ianya menghasilkan outcome yang positif atau pun tidak:
- Political will yang kukuh
- Fokus yang tepat
- Outcome yang diharapkan
- Resipi dasar yang betul (The right policy mix)
- Alat/instruments yang lengkap dan betul
- Pelaksanaan yang berkesan
- Kayu pengukur yang sesuai.
13. Dalam RMK11, 7 pra syarat tersebut sewajarnya diinternalisasikan di bawah (a) Tema dan (b)Aspirasi serta (c) 6 Teras Strategik dan (d) 6 Pemacu Perubahan yang telah dirangka itu (Carta 1). Melihat pada keseluruhannya, ia memberikan tanggapan bahawa kerajaan TIDAK memiliki 7 pra syarat berkenaan, khususnya political will. Yang demikian, tidak hairanlah ia menggamit banyak ulasan negatif. Pasaran saham juga tidak impressed lalu jatuh 07 mata pada 21 Mei 2015.
14. Contoh ketiadaan political will jelas di bidang pendidikan dan usaha di bawah Teras Strategik IIiaitu Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat. Juga jelas tentang tiadanya kehubungkaitan antara satu inisiatif dengan yang lain. In silos!
15. Kita semua sedar bahawa rakyat Malaysia telah dengan sengaja diasingkan mengikut kaum dan agama masing-masing sejak di tahap rebong lagi. Mereka dipisahkan melalui sistem pendidikan yang ada sekarang yang telah menyempang jauh dari semangat dan roh Penyata Razak 1956.
16. Maklumat enrolmen sekolah rendah bagi tempoh 2000 – 2010 (Carta 2 & 3) jelas menunjukkan hakikat yang menyedihkan ini:
- Sekolah Kebangsaan lebih merupakan Sekolah Melayu jika dilihat dari segi komposisi muridnya. Pada tahun 2010, murid Melayu hampir seratus peratus;
- Sebaliknya murid bukan Melayu di Sekolah Kebangsaan terus merosot; dari 9% (2000) kepada 6% pada tahun 2010;
- dan Nampaknya keyakinan ibubapa Melayu sendiri terhadap Sekolah Kebangsaan juga turut terhakis dan keyakinan mereka terhadap SJK (C) pula semakin meningkat apabila bertambah ramai yang menghantar anak mereka ke sekolah tersebut (+32%). Begitu juga ibubapa kaum lain.
17. Kita tidak nampak political will yang mantap dalam RMK11 untuk menyusun usaha yang serius, konkrit dan berkesan bagi menangani masalah perkauman yang semakin membara ini melalui sistem dan content pendidikan. Apa yang disarankan dalam dokumen tersebut ialah usaha kosmetik seperti rancangan menubuhkan Kelab Rukun Negara di 6,800 buah sekolah untuk perkukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional.
18. Seterusnya kelemahan political will itu boleh dilihat dari 6 Teras Strategik dan 6 Pemacu Perubahan yang digubal itu. Ia bolehlah dikatakan tajuk-tajuk lama yang dipakej dan dikitar semula. Namun, dari sudut lain pula, bolehlah dikatakan ianya merupakan tindakan yang berkesinambungan.
19. Tetapi apa yang lebih membimbangkan saya ialah kurangnya ketersambungan atau inter-connectedness antara sesama Teras Strategik dan sesama Pemacu Perubahan tersebut. Seolah-olah Teras dan Pemacu berkenaan semacam berada dalam silos masing-masing.
20. Misalnya antara Teras I (Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat Yang Saksama) dan Teras III (Membangun Modal Insan). Dalam Teras III, contohnya, dimaklumkan sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan. Peluang ini adalah pra syarat untuk menambah pendapatan dan, hopefully, membantu merapatkan lagi jurang. Lebih-lebih lagi 60% pekerjaan berkemahiran tinggi telah dicarve out untuk Bumiputera.
21. Malangnya tidak ditegaskan usaha dan instruments sokongan yang lengkap untuk menyusun semula guna tenaga, menghapuskan diskriminasi dan meratakan padang permainan, sepertimana yang terdapat dalam RMK9.
22. Pelbagai unsur diskriminasi amat jelas berlaku di sektor swasta sepertimana yang dipaparkan dalam banyak kajian. Sebagai contoh, hampir separuh graduan Bumiputera menerima gaji permulaan kurang dari RM1,500 sebulan berbanding hanya satu pertiga saja graduan Cina yang menerima gaji permulaan sebanyak itu (Carta 4). Dengan penyakit sosio-ekonomi sedemikian rupa, bagaimanakah masyarakat kita akan lebih terangkum rapat dan bersatu padu?
23. Begitu juga dengan Teras IV – Menuju Ke Arah Pertumbuhan Hijau. Saya sokong prakarsa ini. Malangnya usaha merapatkan jurang tidak jelas di bawah Teras ini.
24. Justeru inginlah saya caution Kerajaan. Keghairahan melaksanakan pembangunan berteraskan teknologi hijau juga boleh melebarkan jurang kekayaan dan taraf kesejahteraan hidup, jika dasar dan pelaksanaannya tidak poor-centric dan community-based. Yang akan mendapat faedah besar ialah golongan berada, samada dari segi lonjakan pendapatan mahu pun peningkatan kualiti hidup. Contohnya ialah pelepasan cukai bagi kereta hibrid Mercedes Benz yang hanya mampu dinikmati oleh orang super kaya.
25. Seterusnya rancangan pembangunan ini nampaknya cantik dan adil apabila luar bandar (Bidang Fokus C) akan dimajukan untuk mempercepatkan pertumbuhan yang seimbang. Tetapi apabila 4 bandaraya (Kuala Lumpur, Johor bahru. Kuching dan Kota Kinabalu) di bawah Pemacu Perubahan 6 diberi keutamaan yang tinggi maka dijangka ia akan menghasilkan impak negatif ke atas usaha untuk merapatkan jurang, khasnya antara bandar dengan luar bandar. Penyakit urban-biased policy dan conspiracy of the rich
http://www.amazon.com/Rich-Dads-Conspiracy-Rules-Money/dp/0446559806
ini hendaklah diubati.
http://www.amazon.com/Rich-Dads-Conspiracy-Rules-Money/dp/0446559806
ini hendaklah diubati.
Ragu
26. Dalam pada itu, saya ragu-ragu tentang sesetengah unjuran yang telah dibuat. Pertama, keraguan saya menjurus kepada kemungkinan tidak upayanya mencapai unjuran tersebut kerana ianya tidak realistik dan tidak disokong pula oleh usaha-usaha yang realistik. Tan Sri Prof Dr Kamal Salih juga memiliki keraguan yang sama.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/can-11mp-reach-inclusive-growth-targets-asks-economist
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/can-11mp-reach-inclusive-growth-targets-asks-economist
27. Kedua, keraguan saya didorong oleh angka-angka yang nampak bercanggah atau tidak konsisten.Maksudnya, RMK11 mengalami masalah intigriti data.
28. Biar saya menyentuh dulu tentang probabiliti ketidak-mampuan mencapai unjuran-unjuran tertentu.
29. Kebanyakan unjuran yang dibuat seperti (a) pendapatan purata isi rumah bulanan akan meningkat sebanyak 68% dalam tempoh 2016 – 2020, (b) pendapatan purata isi rumah Bawah 40% akan melonjak 108% dalam tempoh tersebut dan (c) compensation of employees (CE) akan menokok kepada 40% daripada nilai GDP pada tahun 2020 adalah bersandarkan kepada andaian pertumbuhan ekonomi yang baik iaitu 5.0% – 6.0% dalam tempoh yang sama. Pertumbuhan ini pula banyak bergantung kepada rangsangan permintaan luar (external demand) di samping ianya didorong oleh permintaan domestik.
30. Sehubungan permintaan luar itu, kita wajarlah berhati-hati bahawa iklim ekonomi Eurozone masih lemah, pertumbuhan ekonomi USA masih fragile, ekonomi Jepun yang terus stagnant manakala pertumbuhan ekonomi China dan India pula sudah perlahan. Semua negara ini adalah pasaran utama kita.
31. Dalam pada itu, terdapat pula pihak tertentu yang meramal atau mengunjurkan bahawa krisis kewangan yang besar akan berlaku dalam tempoh 2016 – 2018. Pendapat consensus ialah krisis tersebut dijangka melanda pada tahun 2017. Ianya dijangka lebih besar dari krisis pasaran saham pada tahun 2000 – 2001 dan krisis kredit pada tahun 2008 – 2009. http://m.selfgrowth.com/?url=http://www.selfgrowth.com/articles/financial-markets-prediction-2016-2018-start-of-major-financial-tragedy#2698
32. Petanda-petanda awal bolehlah dilihat dari fenomena pemberhentian pekerja beramai-ramai yang sudah mula berlaku. Misalnya, di MAS, CIMB dan BAT. Di jangka lebih ramai lagi akan menerima nasib malang yang sama.
33. Yang paling terkesan akibat pemberhentian ini ialah pekerja bawahan dan kebanyakan mereka itu pula ialah kaum Bumiputera.
34. Kerajaan pula telah mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja baru. Sekali lagi yang paling terkesan ialah Bumiputera. Sesungguhnya kaum Bumiputera berada dalam kedudukan yang paling teruk akibat double impact ini.
35. Jika kita factor in angkubah-angkubah tersebut maka unjuran pertumbuhan GDP sebenar sebanyak 5% – 6% itu adalah agak optimistik. Pada masa yang sama, saya inginlah bertanya: apakah safety net yang telah kita sediakan untuk mendepani suasana tersebut, seperti peningkatan bilangan penganggur, jika ianya benar-benar berlaku? Pada bulan Februari 2015, jumlah penganggur adalah seramai 455,000 orang (3.2%). Kira-kira satu per lima adalah berkelulusan Diploma dan Ijazah! Lalu munasabahkah kadar pengangguran diunjurkan serendah 2.8% pada tahun 2020 nanti?
36. Seterusnya saya ingin menarik perhatian mengenai pendapatan purata isi rumah B40 yang diunjurkan akan melonjak 108%, dari RM 2,537 sebulan kepada RM5,270 sebulan. Eloklah kami diyakinkan bagaimana sasaran tersebut boleh dicapai secara berfakta, bukan bersastera.
37. Ketua Pengarah JAKOA, YBhg Datuk Hasnan Hassan telahpun menolak mentah-mentah unjuran tesebut bagi Orang Asli yang kini mempunyai purata pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan. Menurut beliau, unjuran RM2,500 – RM3,000 sebulan pun sudah begitu mencabar untuk dicapai.
38. Pendapatan purata Orang Asli yang rendah ini akan meruntun turun pendapatan purata keseluruhan golongan B40 itu.
39. Wajarlah diingat bahawa sumber utama pendapatan majoriti kumpulan isi rumah B40 ini adalah gaji. Bagi Bumiputera, ianya 83%; Cina 56% dan India 58%. Kira-kira tiga suku daripada isi rumah dalam kumpulan tersebut adalah Bumiputera.
40. Gaji majoriti kumpulan ini pula berlegar sekitar Gaji Minima RM900 sebulan manakala gaji purata bagi SEMUA pekerja hanyalah RM2,052 sebulan pada tahun 2013. Berdasarkan CAGR sebanyak 4.2% bagi tempoh 2010 – 2013 (Carta 5), maka adalah impossible pendapatan purata bulanan isi rumah B40 pula boleh melonjak 108% kepada RM5,270 sebulan dalam tempoh RMK11.
41. Sasaran tersebut menjadi lebih impossible lagi untuk dijangkau apabila sasaran gaji median untuk SEMUA pekerja hanyalah sebanyak RM2,500 sebulan pada tahun 2020. Ini bermakna gaji median bagi para pekerja di dalam kumpulan B40 itu semestinyalah lebih rendah daripada RM2,500 sebulan!
43. Jika sasaran purata pendapatan isi rumah B40 itu tidak boleh dicapai pada tahun 2020 maka ia akan memberi impak pula kepada pencapaian sasaran purata pendapatan bagi keseluruhan isi rumah (RM10,330 sebulan).
44. Begitu juga dengan unjuran CE sebanyak 40% dari nilai GDP pada tahun 2020. Berdasarkan rekod prestasi CE bagi tempoh 2010 – 2015 (Carta 6), ianya juga impossible untuk dicapai, kecuali Kerajaan melaksanakan intervensi yang drastik. Misalnya, kerajaan memaksa semua majikan melambungkan kenaikan gaji tanpa memikirkan produktiviti, daya saing dan untung rugi. Kerajaan juga tidak terkecuali dalam menaikkan gaji pekerjanya itu.
45. Bagi tempoh 2010 – 2015, purata kenaikan syer CE adalah sebanyak 0.57% setahun. Diandaikan kadar tersebut berterusan dalam tempoh RMK11 ini, maka tahap yang boleh dicapai pada tahun 2020 ialah 37.8%; kurang 2.2%! Berdasarkan rekod 2012 – 2015 pula, kenaikan syer CE sebanyak 2% memerlukan masa 4 tahun! Ini bermakna CE 40% itu hanya akan dicapai pada tahun 2024 – 2025!
46. Untuk mencapai sasaran CE40% tersebut, struktur ekonomi hendaklah ditransformasikan, khususnya menambah high value-added industries di sektor perkilangan serta membesarkan lagi sektor perkhidmatan.
47. Sektor perkhidmatan ini hendaklah dipacu kerana di sinilah terdapat potensi besar knowledge-driven and high wages job oportunities. Sasaran 56.5% sumbangan sektor tersebut kepada GDP pada tahun 2020 hendaklah dinaikkan kepada 60% – 70%, selaras dengan struktur ekonomi negara maju. Yang demikian barulah ada harapan untuk mencapai CE40 itu.
48. Dari segi purata gaji bulanan pula, ianya hendaklah dinaikan dari RM2,052 sebulan (2013) kepada RM3,500 sebulan menjelang 2020; bermakna menuntut kenaikan CAGR sebanyak 8% (Carta 5)! Kira-kira dua kali ganda dari kadar 2010 – 2013 (4.2%). Tahap Gaji Minima pula hendaklah sekurang-kurangnya RM1,800 sebulan! Pihak industri dijangka akan melompat. Justeru kita meminta kerajaan menerangkan bagaimana sasaran tersebut boleh dicapai.
49. Kita akan sokong usaha tersebut kerana sebahagian besar kejayaan menerangkum dan merapatkan jurang pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera akan tercapai melalui langkah-langkah menaikkan gaji.
50. Selanjutnya saya ingin merujuk kepada rekod Pemandu pula. Seramai 7 juta pekerja atau 43% daripada jumlah pekerja atau 60% daripada jumlah isi rumah B40 akan memperoleh gaji bulanan di bawah RM2,000 pada tahun 2020 (Carta 7) setelah mereka semua menikmati kenaikan gaji. Seramai 2.3 juta daripada 7 juta pekerja itu pula atau 20% isi rumah B40 diunjurkan akan menerima gaji bawah RM1,000 sebulan!
51. Mengambil kira tekanan inflasi, nilai gaji tersebut mungkin masing-masing bersamaan RM1,700 dan RM850 sebulan pada hari ini. Apakah taraf dan kualiti hidup mereka itu nanti? Adakah ini wajah negara berpendapatan tinggi yang bakal dihasilkan oleh RMK11?
GNI Per Kapita
52. Menyentuh negara berpendapatan tinggi itu, sasaran yang bakal dicapai ialah GNI Per Kapita RM54,000. Siapakah yang bakal menikamati kejayaan tersebut?
53. Kita difahamkan bahawa kekayaan kaum Bukan Bumiputera melebihi kekayaan kaum Bumiputera sebanyak RM1 trilion. Sumber terbesar kekayaan mereka adalah dari modal (capital) – financial and non financial assets yang boleh diwariskan berbanding sumber terbesar kekayaan Bumiputera pula adalah dari gaji yang tidak boleh diwariskan.
54. Berdasarkan dispariti kedudukan ekonomi ini maka telah dianggarkan bahawa GNI Per Kapita kaum Bukan Bumiputera adalah sebanyak RM124,230 menjelang 2020 berbanding GNI Per Kapita kaum Bumiputera hanyalah RM24,741 atau 20% dariapada apa yang diperolehi oleh Bukan Bumiputera atau hanya 46% daripada RM54,000 yang disasarkan! (Carta 8). Jurang ini lebih besar dari the Grand Canyon di Colarado, USA!
55. Adakah itu tahap komitmen dan kemampuan kerajaan di bawah Teras Strategik I untuk membantu golongan Bumiputera yang terpinggir?
56. Oleh itu, izinkan saya bertanya, apakah usaha-usaha yang lebih konkrit ingin dilaksanakan oleh kerajaan agar ianya nampak serious, commited and passionate dalam usaha untuk merapatkan jurang ini? Maaf, RMK11 ini tidak menonjolkan the right policy mix yang jitu, termasuklah affirmative actions yang serius, ke arah merapatkan jurang berkenaan. Kerajaan hendaklah dilihat sungguh passionate untuk mencapai distributive justice.
57. Affirmative actions yang saya maksudkan tidaklah sampai ke tahap menidakkan daya saing serta menafikan pula meritokrasi. Tetapi inginlah saya tegaskan bahawa dalam keadaan padang yang tidak sama rata itu atau unlevel playing field, mendahulukan amalan meritokrasi merupakan usaha ‘belum duduk sudah berlunjur’. Meritokrasi bertukar menjadi undang-undang rimba yang ganas dan akan melebarkan lagi jurang kekayaan.
58. Sepatutnya kerajaan mempunyai political will yang kukuh dan keberanian yang teserlah untuk meratakan dahulu padang permainan tersebut dengan melaksanakan affirmative actions secara conscious dan terancang. Tidak ada apa yang perlu ditakuti dan boleh memalukan kerana ianya selaras dengan hak kaum Bumiputera yang sudahpun dipahatkan di bawah Perkara 153. Kerajaan tidak boleh berdalih dengan mencanangkan trickle down growth theory yang terbukti tidak berlaku sepertimana yang dicanangkan itu.
59. Kerana ketiadaan political will dan meletakkan pula keyakinan yang lebih kepada pasaran serta terlalu mempercayai trickle down growth theory tersebut maka jurang pendapatan dan kekayaan telah melebar semula di bawah MBE. The government should use the market economy to serve the rakyat, not the market, as in China.
60. Saya sedar bahawa sama seperti hutang, pekerjaan / pengangguran, kos sara hidup dan kemiskinan, ketidak-samarataan juga mempunyai banyak konsep, definisi dan kayu pengukurnya. Contohnya, peratus, nisbah, B40, M40,T20 dan Gini adalah sebahagian daripada alat pengukur itu.
61. Kayu pengukur atau indikator berkenaan sewajaranya digunakan untuk saling melengkapkan antara satu sama lain kerana setiap satu itu ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Janganlah menggunakan satu-satu indikator secara eksklusif dan mengenepikan pula petunjuk yang lain. Ia adalah satu pendekatan yang kurang tepat dan kurang bijak.
62. Bertitik tolak dari pendekatan tersebut maka kita dapat lihat, seperti yang saya katakan awal tadi, jurang pendapatan dan kekayaan telah melebar semula di bawah MBE bagi tempoh 2009 – 2012. Sebagai contoh, jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan kaum Cina telah membesar semula.
63. Pada tahun 2009, bagi setiap Ringgit yang dimiliki oleh Bumiputera, kaum Cina memiliki RM1.38. Tetapi pada tahun 2012, bagi setiap Ringgit yang dimiliki oleh Bumiputera, kaum Cina memiliki RM1.43. Inilah satu bukti jurang melebar semula. Begitu juga jurang antara Bumiputera dan India serta antara bandar dan luar bandar yang turut melebar semula (Carta 9).
64. Dari segi nilai absolute pula, sah jurang pendapatan antara dua kaum berkenaan telah melebar seluas 37.6%, dari RM1,387 kepada RM1,909 bagi tempoh yang sama. Senario jurang melebar semula dapat juga kita lihat antara Bumiputera dan India (Carta 10) serta antara bandar dan luar bandar (Carta 11).
65. Dalam tempoh 4 tahun berkenaan, dari segi aset pula, pemilikan terraced factory / warehouse oleh Bumiputera telah merosot dari 45% kepada 35.1%. Pemilikan rumah kediaman oleh Bumiputera juga mengecil; dari 27.2% kepada 26.1%. Pemilikan aset yang lain seperti detached factory, commercial buildings dan industrial complexes juga mengalami nasib yang sama (Carta 12 dibawah).
66. Sudah pasti bukan ini outcome yang kita harapkan.
Data Tidak Konsisten
67. Sekarang saya beralih kepada keraguan kedua saya. Keraguan ini didorong oleh angka-angka yang nampak bercanggah atau tidak konsisten. Tanpa perlu mengulangi perkara yang sama, isu-isu yang saya bangkitkan berhubung keraguan pertama di atas itu sekali gus boleh menjadi dalil bagi keraguan kedua ini.
68. Seterusnya, untuk mengukuhkan hujah saya, saya mengambil keghairahan untuk melonjakkan pendapatan purata B40 sebanyak 108% kepada RM5,270 sebulan pada tahun 2020 sebagai contoh. Niat kerajaan itu baik dan saya sokong. Tetapi data-data yang berkaitan dengan usaha tersebut adalah tidak konsisten.
69. Antara percanggahan itu ialah seramai 7 juta pekerja atau kira-kira 60% daripada jumlah isi rumah B40 telah diunjurkan berpendapatan bawah RM2,000 sebulan (Carta 7). Ini bermakna sudah terdapat jurang sebesar RM3,270! Dari sumber mana jurang ini hendak dirapatkan? Oleh kerana sumber utama pendapatan mereka adalah gaji, maka setinggi manakah gaji mereka mampu dinaikkan?
70. Seperti yang kita semua maklum, sumber terbesar punca pendapatan dan kekayaan ialah modal / capital – financial and non financial assets. Melalui sumber ini, jurang kekayaan akan dapat dirapatkan dengan lebih pantas dan signifikan. Namun tidak ada usaha yang konkrit untuk membantu Bumiputera ke arah memiliki dan menjana kekayaan dari sumber tersebut, sepertimana yang ditegur oleh banyak pihak. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malay-economic-group-says-11mp-needs-clarity-address-income-inequality . Justeru sahlah RMK11 tidak mempunyai fokus yang tepat.
71. Sekadar mengekalkan sasaran pemilikan ekuiti sebanyak 30% menjelang 2020 membuktikan ketidak-seriusan itu. Ianya cerita 45 tahun lalu. Sepatutnya ceiling tersebut hendaklah dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 50%. Dalam pada itu, tidak pula ditegaskan usaha mengukuhkan lagi management control serta penyertaan yang aktif dalam rantaian nilai dan penawaran (value and supply chain).
72. KPI sebagai komitmen baru untuk menambah aset Bumiputera seperti konsesi jangka panjang, harta intelek, terraced factory, warehouses dan industrial complexes sepatutnya ditegaskan tetapi tidak dibuat. Maka tidak hairanlah kerajaan tidak begitu yakin dapat mengurangkan jurang ke tahap 0.350, mengikut ukuran Gini Coefficient, sepertimana yang disasarkan di bawah RMK9. Di bawah RMK11, kerajaan hanya berani menetapkan sasaran ketidak-samarataan berdasarkan Gini Coefficient sebagai proksi ketidak-samatataan itu di tahap 0.385 sahaja, lebih rendah dari sasaran di bawah RMK9.
Kewangan
73. Sekarang saya ingin menumpukan perhatian kepada peruntukan kewangan untuk melaksanakan rancangan ini. Sebanyak RM260 bilion diperlukan untuk merealisasikan apa yang dirancang itu. Secara purata ialah RM52 bilion setahun.
74. Antara sasaran utama yang hendak dicapai melalui peruntukan sebesar itu ialah membesarkan golongan menengah sebanyak 5% atau secara purata ialah RM52 bilion bagi setiap 1%. Is it a good value for money?
75. Sehubungan peruntukan yang dianggarkan itu, mohon maklumkan berapa banyakkah yang akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan dan berapa banyak pula yang akan ditanggung oleh pihak-pihak lain seperti melalui PFI dan sebagainya yang mana akhirnya akan ditanggung juga oleh kerajaan?
76. Untuk mendapat gambaran yang lengkap tentang total exposure kerajaan, mohon diberi tahu juga jumlah komitmen hutang off-budget.
76. Untuk mendapat gambaran yang lengkap tentang total exposure kerajaan, mohon diberi tahu juga jumlah komitmen hutang off-budget.
77. Berapa banyak pula disediakan untuk luar bandar yang serba kekurangan dan berapa banyak untuk bandar yang jauh lebih mewah itu?
78. Dalam pada itu, kita jangnlah lupa bahawa kerajaan Persekutuan hanya mempunyai hasil yang sekadar cukup saja untuk menampung perbelanjaan mengurus dengan sedikit lebihan akaun semasa. Pada tahun 2014, misalnya, lebihan semasa yang dicatatkan hanyalah kurang sikit RM4 bilion.
79. Yang demikian, kerajaan terpaksalah meminjam dan berhutang untuk menampung keperluan kewangan bagi melaksanakan RMK11 ini.
80. Saya sedar pinjaman tersebut adalah penting demi keperluan pembangunan untuk rakyat. Namun pada masa yang sama, kerajaan pula dituntut supaya berbelanja secara berhemah. Ia merangkumi tindakan menghapuskan ketirisan, korupsi, kolusi dan salah tadbir urus.
81. Sebagai contoh, kerajaan hendaklah mengawal kos pembinaan MRT yang dikatakan sudah berlipat ganda dari anggaran kos asal. Kini kos per KM MRT (RM460 juta) kita telah melebihi dua kali ganda dari kos MRT Jakarta (RM215 juta). Lihat Carta 13.
82. Satu lagi contoh ialah Sunway BRT sepanjang 5.5 km. Dilaporkan kos asal adalah sebanyak RM300 juta; kos sebenar melonjak ke RM634 juta menjadikan kos seKm sebanyak RM115 juta bagi 1,000 penumpang. Ramai mungkin melopong kalau dibandingkan dengan kos membina LRT yang lengkap di Jakarta bagi kapasiti 20,000 orang yang mana kocnya sudah tentu lebih mahal daripada bas. Kos LRT Jakarta hanyalah RM80 juta / km!!!
CARTA 13
84. Dengan pembinaan projek-projek mega baru seperti MRT2 dan LRT3, mampukah kerajaan (a) mengekalkan peratus hutang itu di bawah paras 55% daripada GDP, (b) mencapai sasaran berimbang atau sifar defisit fiskal dan (c) mengekalkan nisbah bayar balik hutang di bawah paras 15% pada tahun 2020?
85. Lantaran itu, eloklah kerajaan memaklumkan di sini, sejak GST dilaksanakan pada 1 April lalu, berapa banyakkah hasil yang sudah dikutip dan berapa banyak pula kutipan yang diunjurkan untuk tahun ini dan tahun-tahun berikutnya hingga tahun 2020? Sejauh manakah hasil kutipan tersebut dapat membantu pembiayaan RMK11 ini?
Teras Strategik I
86. Setelah membincangkan secara umum, kini saya ingin menjurus kepada Teras Strategik I (Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat Yang Saksama) yang amat menarik perhatian saya. Teras ini mahu merapatkan jurang!
87. Sesungguhnya, isu ketidaksamarataan ini merupakan masalah global yang serius masa kini, sepertimana yang diakui oleh PBB dan World Economic Forum. Malaysia tidak terkecuali. Ia boleh memberikan impak negatif ke atas pertumbuhan ekonomi, kestabilan negara serta hubungan sosial antara kaum yang boleh mengancam perpaduan dan keamanan.
88. Tahniah kerana kerajaan memberikan keutamaan kepada isu tersebut.
89. Ulasan awal yang ingin saya ulangi ialah kita sepatutnya menggunakan perkataan yang mudah difahami rakyat seperti ‘merapatkan jurang antara orang kaya dengan orang miskin’. Bukan perkataan ‘inklusiviti’ atau ‘keterangkuman’ yang mana kedua-duanya tidak mudah difahami rakyat biasa.
90. Sekadar hendak memberi contoh yang masih hangat di kalangan rakyat ialah isu GST. Antara penyebab hiruk pikuk dan rakyat marah adalah kerana salah faham sebab tidak faham ayat/perkataan bombastik yang digunakan. Contohnya, “GST adalah satu sistem pencukaian untuk MENAMBAHbaik cukai SST yang sedia ada.”
91. Perkataan MENAMBAHbaik itu segera difahami oleh sebahagian rakyat biasa sebagai MENAMBAH cukai yang sedia ada. Tentulah mereka marah. Lebih-lebih lagi siapa yang suka membayar cukai? Inikan pulak hendak TAMBAH cukai!
92. Bukankah lebih baik digunakan ayat yang lebih mudah difahami ramai. Misalnya, “kerajaan ingin KURANGKAN cukai yang kini dibayar oleh rakyat. Rakyat sekarang membayar SST sebanyak 15%. Ia akan digantikan dengan GST yang lebih RENDAH iaitu 6% sahaja.”
93. Berbalik kepada Teras Strategik I dalam RMK11 ini. Teras tersebut memberikan harapan yang menggunung tingginya. Seolah-olah bukan setakat merapatkan jurang pendapatan isi rumah malah kerajaan memberikan komitmen untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan miskin dengan golongan kaya, sepertimana yg dijanjikan oleh YAB PM pada 30 Mac 2010 semasa membentangkan MBE dulu.
“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other services as well as managerial positions”.
94. Yang demikian, sebagai usaha terakhir untuk menjayakan Wawasan 2020, RMK11 sepatutnyalah menterjemahkan iltizam YAB Dato Sri Najib itu dengan melakukan pecutan dalam membantu Bumiputera menjana serta memiliki kekayaan. Sebaliknya RMK11 terus berjalan seperti siput babi!
95. Nampaknya RMK11 telah melupakan janji beliau itu – a forgotten and broken promise!
96. Saya tegaskan sedemikian kerana saya telah meneliti 5 bidang fokus utama di bawah Teras Strategik I ini dan sasaran-sasaran yang telah ditetapkan untuk dicapai menjelang 2020.
97. Pada dasarnya saya setuju terhadap apa yang telah digariskan itu. Namun terdapat beberapa perkara yang, pada hemat saya, eloklah dikaji semula.
98. Pertama sekali tekanan terhadap merapatkan jurang kekayaan amatlah kurang. Hanya disebut di bawah Fokus E dan sasaran pemilikan aset yang telah diKPIkan hanyalah pemilikan rumah kediaman oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 90%, di samping mengulangi sasaran pemilikan ekuiti sebanyak 30%! Justeru dari segi fokus ianya adalah tidak serius dan tidak tepat.
99. Apa yang amat membimbangkan saya ialah RMK11 ini sendiri merancang untuk melebarkan jurang pendapatan, bukan untuk mengecilkannya sepertimana yang ditunjukkan oleh graf yang dibekalkan sendiri oleh EPU (Carta 14).
100. Statistik berkenaan menunjukkan jurang pendapatan antara B40 dgn M40 melebar dari RM3,125 sebulan (2014) kepada RM 4,820 sebulan (2020) & antara B40 dgn T20 pula melebar dari RM11,768 sebulan (2014) kepada RM17,250 sebulan (2020).
101. Begitu juga antara M40 dan T20. Jurangnya diunjurkan bertambah luas, dari RM8,643 (2014) kepada RM12,430 pada tahun 2020 nanti.
102. Rengkasnya, secara kasar, jurang purata pendapatan bulanan isi rumah antara kumpulan pendapatan akan melebar antara 43% dan 54%. Ini bukanlah outcome yang kita harapkan.
103. Unjuran tersebut jelas menunjukkan bahawa bukan kerajaan yang gagal merancang tetapi kerajaan sebenarnya merancang untuk GAGAL!
104. Diakui dan tahniah kerana kerajaan telah berjaya memerangi kemiskinan mutlak hampir sifar (0.6%) pada tahun 2014; berusaha menghapuskannya dari 49.3% pada tahun 1970. Masyarakat antarabangsa, termasuk Bank Dunia, mengiktiraf kejayaan kita.
105. Namun, untuk melengkapkan usaha keterangkuman itu dan bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat, wajarlah juga diberi perhatian kepada kemiskinan relatif. Bank Dunia dan UNDP memiliki pendirian yang sama. Apakah pula kedudukan kemiskinan relatif kita pada masa ini?
106. Saya tidak terperanjat jika kemiskinan relatif kita sekitar satu per lima (20%) dan bilangan isi rumah berkaitan terus meningkat. Jika benar, ini bermakna kelas menengah kita mengecil seperti yang berlaku di Singapura.
107. Untuk merapatkan jurang dengan melaksanakan 5 strategi utama di bawah Teras I itu, apakah dasar-dasar serta program-program sedia ada yang telah dikenalpasti sebagai penghalang kepada kewujudan masyarakat inklusif yang bersatu padu?
108. Adakah dasar dan program tersebut akan disemak semula untuk dipinda/diganti dan apakah pula dasar dan program baru yang akan diperkenalkan untuk menyokong Teras ini? Dalam lain-lain perkataan, kerajaan hendaklah mempunyai the right policy mix and appropriate instruments untuk melaksanakan RMK11 ini dengan jayanya.
109. Antara dasar sedia ada yang wajar disemak semula ialah sistem kuota yang meneruskan (perpetuate) penglebaran jurang antara kaum seperti pemilikan premis komersial di bandar B35:BB65. Kuota ini sepatutnya ditukar kepada B60:BB40. Kuota pemilikan ekuiti untuk Bumipitera sebanyak 30% wajar dinaikkan sehingga 50% menjelang 2020.
110. Dasar pendidikan yang lebih mengutamakan peranan swasta, yang mana akhirnya lebih membebankan ibubapa disebabkan kos pendidikan yang melambung, hendaklah diorientasikan semula dengan menambah-besarkan lagi peranan kerajaan. Contohnya, kita tidaklah perlu membuka terlalu banyak IPTS. Peluang enrolmen yang bertambah boleh dibuat dengan meningkatkan kapasiti IPTA. Banyak IPTA yang belum mencapai tahap optimum seperti UTeM, UNIMAS dan Universiti Sabah.
111. Seterusnya, apakah mekanisma baru yang akan diperkenalkan untuk memastikan ada coherence dan cohesiveness dalam merangka semua dasar dan program kerajaan agar jurang kekayaan terus bertambah rapat? Sebagai contoh, keputusan JPA memberi kenaikan saraan pencen sebanyak 2% kepada semua pesara adalah baik, tetapi tanpa disedari pemberian pro rata ini telah melebarkan lagi jurang pendapatan. Sebaiknya JPA memberikan kenaikan pencen berdasarkan inverted percentage iaitu pesara yang mendapat pencen kecil diberikan perastus kenaikan yang tinggi.
112. Contoh JPA itu jelas menunjukkan kefahaman tentang dasar sepenting ini (MBE) tidak very well trickled down, hatta ke agensi pusat seperti JPA. Maka bagaimanakah kefahaman tersebut hendak trickle down pula ke agensi di daerah-daerah dan di kampong-kampong.
113. Ia juga sekali gus menunjukkan jentera kerajaan ini perlu dimandorkan atau ianya memerlukan super coordinator untuk memastikan ada horizontal and vertical integration dalam semua keputusan dan tindakan.
Pelaksanaan
114. Selain daripada dasar yang baik, yang juga penting ialah sistem pelaksanaan dan penyampaian kerajaan yang cekap dan berkesan. Dasar yang baik tetapi tidak dilaksanakan dengan baik, adil dan pantas boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat.
115. Sebagai contoh, kita sering kedengaran keluhan rakyat yang memohon geran, insentif, pinjaman dan bantuan kerajaan. Mereka mengalami pelbagai kesukaran dan kerenah birokrasi. Berbulan-bulan masih tidak mendapat berita. Mereka mendepani sikap sebahagian pegawai yang bukan hendak membantu memudahkan urusan.
116. Jika PM suka showcase kejayaan individu, izinkan saya pula menegaskan betapa banyaknya syarikat yang gagal mendapat bantuan, misalnya, daripada MIDA, SMIDEC, TERAJU, CRADEL, MOSTI, MARA, dan lain-lain. Berpuluh2 ribu!
117. Nampaknya lebih mudah mendapat projek berbilion-bilion Ringgit sekalipun ada projek yang menjadi gajah putih berbanding hendak mendapatkan bantuan bernilai ratusan ribu Ringgit. Mereka perlu melalui reality show ala Akademi Fantasia dan sebagainya. Akhirnya mereka tidak berjaya juga.
118. Tanpa menyalahkan satu-satu pihak tertentu, eloklah kerajaan mengkaji secara menyeluruh di mana silap dan susahnya hendak mendapat bantuan yang diumumkan kerjaan itu. Antara sebab-sebabnya ialah pemohon tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
119. Dalam pada itu, pengalaman menunjukkan terdapat juga kelemahan yang serius di pihak pelaksana, sepertimana yang ditegaskan oleh Tan Sri Prof Dr Kamal Salih:
“In the end, a combination of institutional failure, incompetence, lack of integrity, leadership and collusion scuttled its implementation”.http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2015/05/bumi-equity-50-now-if-policies-carried.html
120. Kelemahan-kelemahan ini wajarlah dibaiki segera supaya hasrat murni kerajaan itu tercapai. Sekali lagi political will yang kukuh diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut.
121. Of course yang berjaya pun ramai! Kerana ada juga pegawai yang cekap dan jujur serta sedia untuk menolong. Tetapi bilangan yang gagal itu lebih ramai dari yang berjaya.
Syor
122. Mohon Kerajaan menimbangkan syor-syor berikut:
a) Hapuskan sikap kerajaan tahu semua, jangan sentiasa defensif dan basmi penyakit sindrom penafian serta tanamkan sikap responsif / positif.
b) Gubal Dasar Induk Negara.
c) Rombak semula RMK11 – growth with conscious distributive justice.
d) Penuhi 7 pra syarat di para 12.
e) Pastikan wujudnya coherence and cohesiveness serta vertical and horizontal integration antara sesama Teras Strategik dan sesama Pemacu Perubahan; NOT in silos.
f) Semak semula semua unjuran dan perkukuh intigriti data.
g) Tubuhkan agensi yang menjadi Super Coordinator bagi semua dasar dan program. Untuk menjimatkan perbelanjaan, tugas ini boleh diserahkan kepada NDPC, EPU atau ICU.
h) Rombak semula falsafah, dasar dan ecosystem sedia ada yang terus membelengu dan mengongkong institusi serta peneraju value and supply chain yang ada sekarang.
i) Perteguh integriti dan kecekapan jentera kerajaan yang menuntut transformasi segera.
Penutup
123. Bolehlah saya simpulkan RMK11 seperti berikut:
a) Kerajaan tidak gagal merancang tetapi merancang untuk gagal.
b) Tiada apa yang luar biasa atau extra ordinary mengenai RMK11 ini. Teras Startegik dan Pemacu Perubahan itu adalah topik-topik lama yang dipakejkan semula dan dikitar semula. Pendapat saya ini senada dengan pendapat Tan Sri Dr Kamal Salih, pakar ekonomi terkenal.
c) So, please don’t expect miracles to happen. Business will be as usual despite NBOS.
d) Dari segi ekonomi modal (capital economy), dijangka kita akan capai status negara bertaraf ekonomi maju berpendapatan tinggi, jika (i) nilai Ringgit segera kembali sekurang-kurang ke paras US$1 = RM3.60 dan (ii) ekonomi kita tumbuh lebih 8% – 9% setahun. Dari segi ekonomi rakyat (pepole’s economy) pula, jurang kekayaan akan semakin melebar. Bumiputera semakin terpinggir.
e) Jurang yang melebar itu akan memberi impak negatif ke atas pertumbuhan ekonomi, kestabilan dan perpaduan rakyat / hubungan sosial.
124. Saya ingin revisit ramalan yang saya buat pada 29 Mei 2010 di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) https://darahtuah.wordpress.com/2014/01/07/pencapaian-bumiputera-matlamat-masih-jauh/. Di KEB itu, saya telah meramalkan jurang akan melebar di bawah MBE. Ramalan tersebut didapati tepat bagi tempoh 2009 – 2012 (Para 63 – 65 di atas)!
125. Saya gembira kalau ramalan saya kali ini mengenai jurang akan semakin melebar di bawah RMK11 itu SALAH!
126. Lantaran lanskap sosio-ekonomi muram yang saya lakarkan itu maka wajarlah YAB PM diingatkan akan ucapan beliau sendiri sementara ada masa untuk merombak RMK11 ini dan masih ada masa untuk mendepani PRU14:
“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability. Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why should the marginalised support a political system if it only widens the gap between the rich and the poor?” YAB Dato’ Sri Najib Tun Hj Abdul Razak, 11 November 2013.
Disediakan Oleh :
Datuk Akbar Ali,
Mantan Senator / Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia / Pengarah Eksekutif MTEN Melaka /
Datuk Akbar Ali,
Mantan Senator / Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia / Pengarah Eksekutif MTEN Melaka /
21 Mei, 2015
RMK11 – Jangan harapkan miracles; Jurang akan melebar
Posted by darahtuah in Ekonomi, Isu sosial on May 21, 2015
1. Sebahagian besar kejayaan Negara kita adalah kerana ada perancangan yg dipandu oleh Rancangan Pembangunan 5 Tahun yg consecutive spt RMK11 ini. Tahniah kpd kerajaan, khasnya EPU.
2. Dalam RMK11 (berdasarkan ringkasan), kita disajikan dengan Tema dan aspirasi serta Teras Strategik dan Pemacu Perubahan.
3. Malangnya kita masih tidak merangka Dasar Induk (Mother Policy) yg kekal spt Switzerland. Dasar induk ini yang sepatutnya menjadi penentu dan pengikat semua dasar dan program kerajaan secara coherent dan inter connected.
4. Kerana ketiadaan mother policy tersebut maka kita lihat dasar dan program kita sering berubah2 dan berkontradiksi.
5. Ulasan awal saya yang ingin diulang ialah kita sepatutnya menggunakan perkataan yg mudah difahami rakyat spt ‘merapatkan jurang antara orang kaya dgn orang miskin’. Bkn perkataan ‘inclusive’ atau ‘keterangkuman’ yg mana kedua2nya tidak mudah difahami rakyat biasa.
6. Sekadar hendak memberi contoh yang masih hangat di kalangan rakyat ialah isu GST. Antara penyebab hiruk pikuk dan rakyat marah adalah kerana salah faham sebab tidak faham ayat/perkataan bombastik yang digunakan. Contohnya, ‘GST adalah satu sistem pencukaian untuk MENAMBAHbaik cukai SST yang sedia ada.’
7. Perkataan MENAMBAHbaik itu difahami oleh sebahgian rakyat biasa sebagai MENAMBAH cukai yang ada. Tentulah mereka marah. Lebih2 lagi siapa yang suka bayar cukai? Inikan pulak hendak TAMBAH cukai!
8. Bukankah lebih baik digunakan ayat yang lebih mudah difahami ramai. Misalnya, ‘kerajaan ingin KURANGKAN cukai yang kini dibayar oleh rakyat. Rakyat sekarang membayar SST sebanyak 15%. Ia akan digantikan dgn GST yang lebih RENDAH iaitu 6% sahaja.’
9. Berbalik kepada RMK11. Yang menarik perhatian saya ialah usaha utk merapatkan jurang kekayaan, bkn setakat pendapatan, antara yg miskin dgn yg kaya, sptmana yg dijanjikan oleh YAB PM pd 30 Mac 2010. Ia merupakan Teras Strategik I (Mempertingkat Pembangunan Inklusif).
10. Tahniah kerana EPU memberikan keutamaan itu.
11. Apakah sasaran Teras Strategik I ini dalam RMK11 yang telah ditetapkan untuk dicapai menjelang 2020? (Mungkin ada dalam laporan yang tebal itu).
12. Rakyat ingin tahu bagaimana pula sasaran tersebut hendak dicapai di bawah payung MBE setelah kita tahu trickle down growth theory doesn’t work.
13. Kita dikejutkan pula oleh fakta yg menakutkan bahawa jurang kekayaan semakin melebar di bawah MBE, spt carta di bawah. Ini bermakna strategi inklusif itu tlh gagal!
14. Maklumat lanjut mengenai kedudukan bangsa kita yang semakin teruk sekarang ini boleh dibaca di sini:
Berilah sedikit masa untuk mengunyahnya.
15. Apa yg amat membimbangkan saya ialah RMK11 ini sendiri merancang utk melebarkan jurang pendapatan, bkn utk mengecilkannya spt mana yg ditunjukkan oleh graf yg dibekalkan itu.
16. Statistik berkenaan menunjukkan jurang pendapatan antara B40 dgn M40 melebar dari RM3,125 sebulan (2014) kpd RM 4,820 sebulan (2020) & antara B40 dgn T20 pula melebar dari RM11,768 sebulan (2014) kpd RM 17,250 sebulan (2020).
17. Begitu juga antara M40 dan T20. Jurangnya diunjurkan bertambah luas, dari RM8,643 (2014) kepada RM12,430 pada tahun 2020 nanti.
18. Rengkasnya, secara kasar, jurang purata pendapatan bulanan isi rumah antara kumpulan pendapatan akan melebar antara 43% dan 54%.
19. Unjuran tersebut jelas menunjukkan bahawa bukan kerajaan yang gagal merancang tetapi kerajaan sebenarnya merancang utk GAGAL!
20. Diakui dan tahniah kerana kerajaan tlh berjaya memerangi kemiskinan mutlak hampir sifar (1.7%) pd thn 2012; berusha menghapuskannya dari 49.2% pd thn 1970. Namun, untuk melengkapkan usaha keterangkuman itu, yang turut wajar diberi perhatian ialah kemiskinan relatif. Apakah pula kedudukan kemiskinan relatif pada masa ini? EPU & DOS ada maklumat tersebut.
21. Saya tidak terperanjat jika kemiskinan relatif kita sekitar satu per lima (20%) dan bilangan isi rumah berkaitan terus meningkat. Jika benar, ini bermakna kelas menengah kita mengecil spt yg berlaku di Singapura.
22. Utk melaksanakan 5 strategi utama di bawah Teras I itu, apakah Dasar2 sedia ada yg tlh dikenalpasti akan disemak semula utk dipinda/diganti dan apakah pula Dasar2 baru yg akan diperkenalkan utk menyokong Teras ini?
23. Apakah mekanisma baru yg akn diperkenalkan utk memastikan ada coherence dan cohesiveness dlm merangka semua dasar dan program kerajaan agar jurang kekayaan terus bertambah rapat? Sebagai contoh, keputusan JPA memberi kenaikan 2% kpd semua pesara adalah baik tetapi tanpa disedari pemberian pro rata ini telah melebarkan lagi jurang pendapatan. Sebaiknya JPA memberikan kenaikan berdasarkan inverted percentage.
24. Contoh JPA itu jelas menunjukkan kefahaman tentang dasar sepenting ini (MBE) tidak very well trickle down, hatta ke agensi pusat seperti JPA. Maka bagaimanakah kefahaman tersebut hendak trickle down pula ke agensi di daerah2 dan di kampung2?
25. Ia juga sekali gus menunjukkan jentera kerajaan ini perlu dimandorkan atau ianya memerlukan super coordinator untuk memastikan ada coherence dan cohesiveness dalam semua keputusan dan tindakan.
26. Dalam pada itu, saya perhatikan semacam tiada kaitan antara satu Teras dengan Teras yang lain. Seolah2 macam dalam silos.
27. Misalnya antara Teras I dan Teras III (Membangun Modal Insan). Dalam Teras III, misalnya, tidak ditegaskan usaha untuk menyusun semula guna tenaga, menghapuskan diskriminasi dan meratakan padang permainan. Maka dengan penyakit sosio-ekonomi sedemikian rupa, bagaimanakah masyarakat kita akan lebih terangkum rapat dan bersatu padu?
28. Begitu juga dengan Teras IV – Menuju Ke Arah Pertumbuhan Hijau. Saya sokong prakarsa ini. Malangnya usaha merapatkan jurang tidak jelas di bawah Teras ini.
29. Justeru saya ingin caution Kerajaan/EPU. Keghairahan melaksanakan pembangunan berteraskan teknologi hijau juga boleh melebarkan jurang kekayaan dan taraf kesejahteraan hidup jika dasar dan pelaksanaannya tidak poor-centric dan community-based.
30. Selain daripada dasar yang baik, yang juga penting ialah sistem pelaksanaan dan penyampaian kerajaan. Dasar yg baik tetapi tidak dilaksanakan dgn baik, adil dan pantas blh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat.
31. Sebagai contoh, kita kedengaran keluhan rakyat yg memohon geran, insentif, pinjaman dan bantuan kerajaan. Mereka mengalami pelbagai kesukaran dan kerenah birokrasi. Berbulan2 masih tidak mendapat berita. Mereka mendepani sikap sebahgian pegawai yg bukan hendak membantu memudahkan urusan.
32. Jika PM suka showcase kejayaan individu, izinkan saya pula menegaskan betapa banyaknya syarikat yang gagal mendapat bantuan, misalnya, daripada MIDA, SMIDEC, TERAJU, CRADDEL, MOSTI, MARA, dll. Berpuluh2 ribu!
33. Nampaknya lebih mudah mendapat projek berbilion2 Ringgit sekalipun ada yang menjadi gajah putih berbanding hendak mendapat ratus ribu; perlu melalui reality show dan sebagainya. Akhirnya tidak berjaya juga.
34. Of course yang berjaya pun ada! Kerana ada juga pegawai yang bagus; sedia untuk menolong.
35. Seterusnya kita inginlah tahu dari sejumlah RM260 bilion yang diperuntukkan untuk merealisasikan RMK11 ini, berapa banyakkah yang akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan dan berapa banyak pula yang akan ditanggung oleh pihak2 lain?
36. Berapa banyak untuk luar bandar yang serba kekurangan dan berapa banyak pula untuk bandar yang jauh lebih mewah itu?
37. Berhubung kait dengan peruntukan ini, kerajaan Persekutuan mempunyai hasil yang cukup2 saja untuk menampung perbelanjaan mengurus dengan sedikit lebihan akaun semasa.
38. Yang demikian, kerajaan terpaksalah meminjam dan berhutang untuk menampung keperluan kewangan sebanyak RM260 bilion itu bagi melaksanakan RMK11 ini.
39. Saya sedar pinjaman tersebut adalah penting demi keperluan pembangunan untuk rakyat. Namun pada masa yang sama, kerajaan pula dituntut supaya berbelanja secara berhemah.
40. Sebagai ukuran berhemah atau tidak berhemah, mohon diterangkan kesan hutang itu nanti dari segi (a) nisbahnya ke atas GDP, (b) defisit fiskal, dan (c) nisbah kadar bayar balik hutang. Saya tidak bimbang jika nisbah kadar bayar balik hutang tersebut masih bawah treshold 15%. Ia merupakan proksi ukuran kemampuan kerajaan dalam membayar hutangnya.
41. Dalam pada itu, persepsi saya, tiada apa yang extra ordinary mengenai RMK11 ini. Teras dan Pemacu itu merupakan topik-topik lama yang direpackage (kalaupun bukan direcycle!). RMK11 masih beroperasi di bawah falasafah, dasar dan ecosystem yang sama serta terus dibelengu dan dikongkong oleh peneraju supply chain yang juga sama.
42. So, please don’t expect miracles to happen. Business will be as usual despite adanya NBOS, terutama di bawah.
43. Namun, dari segi capital economy, kita akan capai status negara bertaraf ekonomi maju berpendapatan tinggi, in syaa Allah. Malangnya, dari segi ekonomi rakyat pula, jurang kekayaan akan melebar. Jurang yang lebar atau inequalities akan memberi impak ke atas pertumbuhan ekonomi, kestabilan dan perpaduan rakyat / hubungan sosial.
44. Saya ingin revisit ramalan saya pada 29 Mei 2010. Saya telah meramalkan bahawa jurang akan melebar di bawah MBE. Ramalan tersebut didapati tepat bagi tempoh 2009 – 2012 (Para 13 & 14 di atas). Saya gembira kalau ramalan saya kali ini SALAH! Wallahhualam.
No comments:
Post a Comment