The Quotes are powered by Investing.com UK

Monday, 30 March 2015

Tengku Razaleigh Hamzah's Speech in Parliament

Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian,suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraannegara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.

2. Saya mengambil tindakan tersebutmemandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, DewanRakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaannegara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telahbersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demikepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlahkepada parti ataupun pemimpinnya.

3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaanekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingatbahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermaknaMalaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politikyang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira danmenimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkanrakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalammenimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedangmelanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadapkeadaan negara sekarang ini.


4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukanhutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gayahidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.

5. Yang saya maksudkan dengan hutangnegara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

6. Kerisauan saya mengenai hutang negaraialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomidan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dankesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahayaterhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.

7. Sekaligus ini mengarahkan perhatianumum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindakuntuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketikamengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapatbahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itudan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawakita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kitatidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslahbertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaansebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

9. Oleh kerana kita mengambil berat akanhutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kitaberkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untukkepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang danpemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab keatasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yangdemikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhakuntuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai AhliDewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, denganizin Tan Sri Yang Dipertua, instrumentkewangan dan letters of comfort yangmembebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini.Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajaratau tidak rakyat terus dibebankan.

10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkandi dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan danPerkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam beradadi tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi.Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatanini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yangakan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atauia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GSTdilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

11. Jikalau beban tambahan ini dihalakankepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Olehitu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangankepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.

12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutangdibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kitadapat bertindak secara wajar terhadapniat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaanberhak mengenakan beban tambahan ini.

13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumahsecara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yangtertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnyamengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapansebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya.Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnyamerunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.

14. Juga merunsingkan ialah penggunaan danaKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untukmembantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjamankepada perbadanan-perbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasandaripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlahpelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberianpinjaman.

15.. Dengan sendirinya ini membawa kita kepadapersoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangannegara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harusberada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barangdiingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius.Bahawa perkara ini mungkin telahditerima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baikkepadanya.

16. Satu perkara yang ada hubungkait denganpertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinyaialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklahmerangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga merekadari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan,dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dandisimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yangtidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yangdipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melaluiUndang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasionalmendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telahmencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalamkeadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepadaDewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita.Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasikesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidakpernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyatdan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepadakepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan.Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukanperlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormatsekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewanyang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormatkepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakankeputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepadaAhli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendakberkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersamakepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan iniizinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang sayasebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin,conscience. Ini bermakna kita mestiberani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kitawakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itukita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demimenghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

Ucapan oleh
Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
DiSidang Dewan Rakyat pada hari Selasa, 17.3.15


English Version:

No comments: