Kamal Salih MHDR2013 MHDR 2013 UNDP
Streamed live on 2 Nov 2014
SIARAN LANGSUNG MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-42 SIDANG 3 (Ahad – 2 November 2014 Sesi Pagi)
• Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
• UKM-Graduate School of Business
Speech Text:
Teks Ucapan Balas
YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Kamal Mat Salih
Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
(Pembangunan Sosial dan Ekonomi)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan
Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Tunku Panglima Besar Kedah
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah
Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yang Berbahagia
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor UKM
Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti
Naib Canselor dan Rektor Institusi Pengajian Tinggi
Timbalan-Timbalan Naib Canselor
Pegawai2 Pengurusan Utama Universiti
Ahli-Ahli Senat dan Ahli-ahli Akademik UKM
Para ibu bapa, dan ahli keluarga yang dihormati
Serta para graduan yang diraikan.
Dengan penuh kesyukuran dan takzimnya, saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terimakasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia atas anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sosial dan Ekonomi) di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-42 pagi ini. Saya amat terharu dengan pidatu umum Datuk Naib Canselor UKM tadi memperkenalkan hidup dan kerjaya saya selama ini, dan hanya dapat membalasnya dengan doa Saydina Ali radhiaallahu ‘an:
“Subhanallah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang diperkatakan mereka, tetapi jadikanlah aku sekecilnya di hatiku.” Sepanjang ucapan Prof. Datuk Noor Azlan tadi terkenang saya kepada rakan seperjuangan yang disebut dan beberapa yang tidak disebut oleh beliau yang telah kembali kerahmatullah; antaranya Allahyarham Professor Mokhzani Abdul Majid, Allahyarham Profesor Ismail Salleh, Allahyarham Mahani Awang, Allahyarham Zainal Aznam Abidin, Allahyarham Prof. Osman Rani, Allahyarham Prof. Ishak Shari, Allahyarham Prof. Zainal Abidin Wahid, Allahyarham Dahlan Ismail; dan ramai lagi termasuk Profesor Diraja Ungku Aziz, Zeti Akhtar Aziz, Suleiman Mahbob, tidak tertinggal Hamzah Kassim diantara mereka di barisan hadapan di atas pentas ini, yang masih bersama kita dan yang lain yang mungkin para graduan di sini tidak kenali. Sumbangan dan perjuangan mereka harus dikenang oleh anda dari generasi milenium ini kerana peranan yang mereka telah mainkan untuk membangun masyarakat dan negara-bangsa Malaysia ini yang tidak terhingga nilainya.